Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) mengesahkan mangsa yang terkorban dalam kejadian rusuhan di Stadium Kanjuruhan Kabupaten Malang, Jawa Timur bukan berpunca daripada pergaduhan antara penyokong.
Sebaliknya, Setiausaha Agung PSSI, Yunus Nusi berkata mangsa yang terkorban dipercayai akibat sesak nafas, terhimpit serta dipijak ketika penyokong cuba keluar dari stadium berkenaan.